Page 76 - buku pengurusan smkj21
P. 76
10.3 Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan
mekanisme yang telah ditetapkan.
10.4 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data
yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ’take off value’ dan meletakkan ’ETR’
bagi peperiksaan awam.
10.5 Guru mata pelajaran bertanggungjawab memasukkan markah murid ke dalam Sistem
Analisis Peperiksaan sekolah (SAPS) dan Sistem offline PPPM dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Semua markah murid hendaklah dimasukkan dalam Buku / Fail Rekod Mengajar.
10.6 Pentaksiran PT3 hendaklah dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme yang telah
ditetapkan.
11.0 JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI
Penyataan Ketetapan
11.1 Jadual waktu disediakan mematuhi peraturan pendidikan dan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)
Yang berkuatkuasa. (SPI Bil.3/1970, SPI Bil 17/1988, SPI Bil:8/1990, SPI Bil:25/1998
SPI:Bil.5/2002, SPI Bil:11/2010).
11.2 Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan kepakaran guru
(pemeriksa kertas peperiksaan awam, penggubal soalan peperiksaan awam dan Guru
Cemerlang)
11.3 Jumlah waktu pengajaran hendaklah mematuhi SPI bil 10/1995.
11.4 Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit /bercuti rehat
/menjalankan tugas rasmi di luar sekolah akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti . Guru yang
bercuti mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh murid semasa
Jadual Waktu Ganti tersebut
11.5 Jadual waktu mengajar dan Jadual waktu ganti akan diurus dan disediakan oleh
Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah .
11.6 Jadual waktu ganti yang ditetapkan hendaklah dipatuhi sepenuhnya supaya masa
instruksional dapat dimanfaatkan.
11.7 Jadual Waktu penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh guru penyelaras Bilik-
bilik Khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap. Satu salinan jadual mestilah
diserahkan kepada pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru mata pelajaran terlibat. Bilik-
Bilik khas yang terlibat untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat Sumber,
Bilik Media, Makmal Komputer, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Surau dan Bilik
Seni.
11.8 Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar dalam
meningkatkan ketrampilan dan potensi diri murid-murid. Oleh itu matlamat perancangan
strategik pusat sumber oleh Guru Media mestilah mempunyai hala tuju ke arah tersebut
dan semua guru tertakluk kepada perancangan tersebut dan perlu memainkan peranan
masing-masing dengan baik. Guru relief bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris mesti melaksanakan NILAM
12.0 PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN
Penyataan Ketetapan
12.1 Setiap guru akan dicerap sekurang-kurangnya sekali setahun menggunakan instrumen
Standard 4 SKPMg2 kecuali guru yang perlu diberi pencerapan susulan.
12.2 Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan hendaklah menyediakan jadual pencerapan
melibatkan barisan pentadbir, Ketua Panitia dan Guru Cemerlang.
69

