Page 15 - MESYUARAT KELAB POLIS IPK KELANTAN BIL.2021.2022
P. 15
1. UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT OLEH YDH KETUA
POLIS KELANTAN TINDAKAN
1.1 YDH DCP Dato’ Hasanuddin b. Hassan, Ketua Polis Kelantan
mengucapkan salam sejahtera dan selamat pagi kepada YDH SAC Dato’
Hj. Azmi bin Abu Kassim, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Tuan- Tuan
Ketua Jabatan / Cawangan atau Wakil dan ahli-ahli Kelab Polis yang Makluman
hadir ke mesyuarat agung pada pagi ini. Beliau mengucapkan syukur
ke hadrat ilahi kerana memberi peluang kepada semua ahli untuk
berkumpul dan bermesyuarat agung Kelab Polis Kelantan bagi Sesi
2019/2020.
1.2 YDH Ketua Polis Kelantan menyeru kepada semua ahli Kelab Polis
agar berkorban masa dan tenaga serta sama-sama berganding bahu
menjaga kebajikan semua ahli dan masyarakat. Semua ahli dinasihatkan
agar tidak terlibat dengan perkara yang tidak baik demi menjaga imej
pasukan Polis Diraja Malaysia.
1.3 Dengan adanya Kelab Polis IPK Kelantan dapatlah ianya memberi
peranan dalam usaha untuk memberi kebajikan kepada masyarakat dan
peg / APR / KTA PDRM Kontinjen Kelantan. Mereka yang dilantik
sebagai ahli jawatankuasa Kelab Polis bagi sesi 2019/2020 mestilah Makluman
proaktif, aktif dan kreatif dalam melaksanakan tugas yang telah
diamanahkan supaya Kelab Polis Kontinjen Kelantan ini terus hidup
dan dapat memberi dan menjaga kebajikan kepada Warga Polis
Kontinjen Kelantan dan seterusnya sama-sama mendapat ganjaran dan
manfaat daripada pertubuhan kelab ini. YDH Ketua Polis Kelantan
mengakhiri mesyuarat dengan lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’, dan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Polis IPK
Kelantan bagi Sesi 2019/2020.
2. UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT
2.1 YDH Supt Roslan bin Yusof @ Mohamad, Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah IPK Kelantanselaku pengerusi sementara mesyuarat
mengucapkan selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua ahli Makluman
Kelab Polis IPK Kelantan. Pengerusi menyampaikan ucapan
penghargaan kepada ahli jawatankuasa dan semua pihak yang
terlibat dalam usaha merealisasikan mesyuarat agung pada hari ini
yang amat penting untuk memenuhi kehendak dan peraturan yang
ditetapkan oleh jabatan pendaftar pertubuhan (ROS) yang mewajibkan

