Page 16 - MESYUARAT KELAB POLIS IPK KELANTAN BIL.2021.2022
P. 16
mesyuarat agung sebegini diadakan setiap tahun.
2.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas kehadiran kesemua
ahli-ahli kelab yang memberikan komitmen untuk hadir bersama-sama
menjayakan majlis ini. Semoga dengan kehadiran semua, akan
menjadikan mesyuarat agung kita pada kali ini lebih bermakna kerana Makluman
adanya usul pindaan perlembagaan yang memerlukan persetujuan
majoriti ahli. pindaan beberapa perkara bagi menambahbaik bagi
manfaat semua ahli.
2.3 Tujuan utama kelab ini ditubuhkan ialah bagi mengeratkan perpaduan,
mewujudkan semangat harmoni dan setiakawan, menjalinkan
hubungan kekeluargaan, selain mengadakan pelbagai aktiviti sosial
seperti aktiviti sukan dan keagamaan, serta menjaga kebajikan dan
menggalakkan aktiviti perniagaan dan pelaburan bagi meningkatkan
tabungan kewangan kelab.
2.4 Aktiviti akan datang yang dirancang ialah dalam masa terdekat, kelab
akan memberi sumbangan 2 helai t-shirt berkolar kepada semua ahli
yang akan dipakai dalam program-program senamrobik, larian 2.4km, Makluman
gotong-royong dan sebagainya yg difikirkan sesuai. Selain itu,
cadangan menganjurkan larian “fun run” sejauh 7km akan diadakan di
mana hasil kutipan yuran akan dimasukkan ke tabung kelab.
2.5 Pengerusi memaklumkan mengenai agenda mesyuarat bermula
dengan semakan minit mesyuarat kelab polis IPK KELANTAN bagi
sesi 2017/2018, laporan kewangan, pinda perlembagaan, pemilihan
AJK, perbincangan usul-usul seterusnya hal-hal yang berkaitan.
3. LAPORAN PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
KELAB POLIS KONTINJEN KELANTAN MULAI 01/01/2018
SEHINGGA 31/12/2018
En. Azmi bin Mohd Daud selaku bendahari kelab polis IPK
KELANTAN membentangkan penyata kewangan bermula 01/01/2018
sehingga 31/12/2018 seperti berikut :-
Jumlah penerimaan : RM 60,095.00 Makluman
Jumlah pembayaran : RM 55,979.29
Baki dalam bank pada 31/12/2018 : RM 319,946.38

