Page 41 - MESYUARAT KELAB POLIS IPK KELANTAN BIL.2021.2022
P. 41
FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT
1. MENGERATKAN PERPADUAN, SEMANGAT harmoni dan setiakawan di
kalangan ahli-ahli dalam semua peringkat perkhidmatan di IPK Kelantan.
2. Meningkatkan hubungan kekeluargaan di antara keluarga ahli-ahli serta saling
berinteraksi di antara satu sama lain.
3. Mengadakan aktiviti kesukanan, agama dan sosial di kalangan ahli.
4. Menubuhkan tabung kebajikan dan menjaga kepentingan kebajikan ahli-ahli dan
keluarga mereka serta memberi bantuan, sumbangan dan sokongan moral bila
diperlukan atas budibicara jawatankuasa.
5. Menjalankan aktiviti perniagaan dan pelaburan bagi meningkatkan tabung
kewangan Kelab. Semua wang atau keuntungan yang didapati oleh Kelab ini hasil dari
penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan
semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan kelab
ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk
membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli kelab, sungguhpun
begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan
tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan kedua-duanya kepada mana-mana
ahli atau pekerja kelab ini.
6. Melaksanakan aktiviti perniagaan melibatkan modal lebihkurang
RM20,000.00 atas kelulusan AGM atau AJK
FASAL 4 KEAHLIAN
(1) Keahlian Kelab terbuka kepada semua pegawai 'dan kákitangañ' awam di
Ibupejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK Kelantan) termasuk semua kategori pangkat
atau tidak berpangkat, pegawai dan dan kakitangan dalam perkhidmatan polis di IPK
Kelantan yang berumur 18 tahun ke atas.
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh
seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan
permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan.
Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa
memberi sebab-sebabnya.
(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut
diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk seperti yang ditetapkan diterima
menjadi ahli Kelab dan berhaklah ia sebagai ahli.

