Page 42 - MESYUARAT KELAB POLIS IPK KELANTAN BIL.2021.2022
P. 42
FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
(1) Ahli yang hendak berhenti deripada menjadi ahli Kelab, hendaklah memberi
kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan
segala hutangnya.
(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Kelab atau bertindak dengan
cara yang akan mencemarkan nama baik Kelab boleh dipecat atau digantung
keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh
Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan keahlian ahli
tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau
penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk
memberi penjelasan dan membela dirinya.
Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat
agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:
(a) Yuran Masuk: RM1.00
(b) Yuran Bulanan:
(i) Pegawai yang diwartakan: RM4.00
(ii) Pegawai berpangkat Insp: RM4.00
(iii) Bagi Koperal hingga Sub-lnsp, Kakitangan Awam: RM4.00
(iv) LKpl, Konstabel, Pembantu Am Rendah (PAR): RM4.00
(2) Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam
tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap bulan. (Yuran hendaklah dipotong secara automatik
RM48.00 setahun sebelum 31 Januari setiap tahun)
(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 bulan akan menerima surat
peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hakhak
keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
(4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi bulan
dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Kelab dan jawatankuasa boleh
memerintahkan supaya tindakan diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas
hati yang ahli itu telah menerima kenyataan hutangnya terlebih dahulu.
(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan bayaran masuk semula bagi sesiapa
yang telah membiarkan keahlian terlucut disebabkan hutang.
(6) Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu

