Page 48 - MESYUARAT KELAB POLIS IPK KELANTAN BIL.2021.2022
P. 48

Kelab bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat
               laporan kepada Jawatankuasa.

               FASAL 12       PENTADBIR HARTA

               PENTADBIR HARTA

               (1) Segala harta tidak alih kelab hendaklah didaftarkan atas ñama kelab berkuatkuasa
               seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat
               surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa
               itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh
               Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.

               (2) Harta tidak alih Kelab tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa
               persetujuan Mesyuarat Agung.

               FASAL 13       TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

               (1) Diantara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan
               tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh
               memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

               (2)Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang
               telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahliahli adalah
               muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

               FASAL 14       PERANAN DAN FUNGSI PENASIHAT / PENAUNG.

               Menjalankan fungsi-fungsi sebagai Penasihat yang memberikan kebaikan dan
               faedah kepada ahli-ahli Kelab Polis IPK Kelantan.

               Pelantikan jawatan sebagai Penasihat/ Penaung bagi Kelab ini adalah secara
               automatik bagi penyandang jawatan Ketua Polis Kelantan/ Timbalan Ketua Polis
               Kelantan.

               FASAL 15       LARANGAN

               (1) Permainan yang disebutkan dibawah ini tidak boleh dimainkan di dalam premis:
               Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pau Kau, Tau Ngau, tien Kow, Chap
               Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puloh Satu, Tiga Puloh Satu, Sepuloh dan
               Setengah, semua permainan dadu, banker's game, permainan video dan semua
               permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;

               (2)Kelab atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga
               mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam
   43   44   45   46   47   48   49   50   51