Page 47 - MESYUARAT KELAB POLIS IPK KELANTAN BIL.2021.2022
P. 47
pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau
bagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah
dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
(2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM (Ringgit
Malaysia: satu ribu ringgit sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada
jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa.
Kira-kira bank itu hendaklah di atas ñama Kelab.
(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Kelab hendaklah
ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan
Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa
diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan
pengeluaran wang Kelab.
(4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000.00(Ringgit Malaysia: Lima Ribu
Ringgit Sahajajbagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih
dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih dari RM20,000.00 (Ringgit
Malaysia. Dua Ribu Ringgit Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa
mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.
Perbelanjaan yang kurang dari RM 5000.00(Ringgit Malaysia: Lima Ribu Ringgit
Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan
Bendahari.
(5) Penyata perihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi
setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang
dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah
tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah
dikemukakan untuk kelulusan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan
salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli ditempat urusan kelab.
(6) Tahun kewangan kelab ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31
Disember tiap-tiap tahun.
(7) Bendahari hendaklah membayar elaun kehadiran ke mesyuarat AJK dengan
kelulusan penaung / penasihat dengan kadar yang munasabah.
FASAL 11 JURUAUDIT
(1) Seorang yang bukannya Pegawai Kelab boleh dilantik di dalam Mesyuarat
Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kehormat. Mereka akan memegang
jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.
(2) Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira kelab bagi setahun dan
membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka harus
juga jika dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira

