Page 13 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH BPPS 2021
P. 13
1.1.3 Sejarah Sekolah
SABK Maahad Islahiah Addiniah Batu 10, Lekir dibangunkan ekoran daya usaha,
inisiati dan prihatin masyarakat setempat terhadap keperluan Sekolah Agama Rakyat
melalui satu mesyuarat JKKK Mukim Lekir di Dewan Orang Ramai Batu 10, Lekir . .
Setelah mendapat persetujuan satu Jawatakuasa telah dibentuk yang dipengerusikan
oleh Ustaz Haji Mohd Zaini bin Hj Naji, Naib Pengerusi En Ahmad Salleh bin Othman
dan Tn Hj Basri bin HJ Zam Zam dilantik sebagai Bendahari manakala AJK pula dilantik
terdiri daripada Ketua-ketua Kampung.
Pada bulan Januari 1988, sekolah ini telah menerima kemasukan pelajar seramai 70
orang pelajar serta 5 orang tenaga pengajar dengan menumpang di sekolah Rendah
Agama Rakyat sehingga bangunan baru siap di Taman Mohd Wazir pada pertengahan
tahun 1993 yang menelan belanja RM160,000 ringgit hasil sumbangan Pejabat agama
sebanyak RM100,000 dan bakinya dari sumbangan orang ramai. Selain itu Sekolah ini
juga menerima satu blok bangunan akademik dan 2 blok Asrama lelaki dan
perempuan serta Bengkel Kemahiran Hidup, Kantin dan dua buah rumah guru.
Pengetua pertama ialah Tuan Hj Ariffin Bin Yunus (1988-2003) diikuti pengetua yang
kedua iaitu Tn Hj Mohd Basri bin Zamzam . Pada tahun 2005, sekolah ini didaftarkan
sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sejak itu banyak kemudahan
pembangunan infrastruktur dan kemudahan diterima seperti surau dan Kantin pada
tahun 2005 dan pada tahun 2007 sekolah telah menerima sebuah dewan makan.
Pada tahun 2014 sekolah menerima seorang pengetua baharu iaitu Puan Hjh
Junaidah dan kemudian pada 2015 Tuan Hj Abdul Rahman bin Ramli melapor diri
sebagai Pengetua SABK Maahad Islahiah Addiniah sehingga 31 Mei 2020. Sekolah ini
terus menerima peruntukan pembangunan tambahan iaitu Blok Makmal Sains dan
Bengkel Kemahiran Hidup pada tahun 2015, Sebuah Blok Akademik 4 bilik darjah
serta sebuah dewan terbuka pada tahun 2016. Tn Hj ABdul Rahman bin Ramli bersara
bermula 1 Mei 2020.
1.1.4 Lencana Sekolah
Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2021 3

