Page 11 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH BPPS 2021
P. 11

BAB 1 PENGENALAN

             1.1    Pengenalan


                                                                                               Gambar
                                                                                                PGB









                    1.1.1 Kata Alu-aluan Pengetua


                    Assalamualaikum wbt
                           Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan kekuatan dan
                    keupayaan untuk menyiapkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah (BPPS) bagi tahun
                    2021. Tahun ini membuka lembaran baru bagi Maahad Islahiah Addiniah kerana Sekolah
                    ini telah disenaraikan sebagai Sekolah TS25 Kohort 5. Ia menuntut kepada Transformasi

                    pengurusan sekolah secara menyeluruh.
                           Sehubungan itu Buku Panduan Pengurusan Sekolah ini disiapkan berdasarkan
                    panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Perak dan ia diharapkan
                    menjadi rujukan kepada semua guru dalam merancang, melaksanakan, membuat
                    pemantauan dan seterusnya membuat penambahbaikan dalam apa jua aktiviti yang
                    dijalankan agar akhirnya mewujudkan pengurusan yang berkesan dan akur kepada dasar
                    pendidikan negara.
                           Agenda memperkasakan MIA terus menjadi agenda bersama di samping
                    meneruskan usaha ke arah kecemerlangan sama ada dari sudut pengurusan organisasi,
                    kurikulum, kokurikulum dan pengurusan Hal Ehwal Murid. Terima kasih di atas segala
                    sumbangan dan kerjasama semua guru dan kakitangan sokongan yang membawa

                    kepada kejayaan MIA sebelum ini.






























                        Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2021                                                 1
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16