Page 157 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 157

Membaca

                  Baca petikan di bawah, kemudian nyatakan isi-isi penting.


                                            Pupuk Semangat Kejiranan


                  Dalam  kesibukan  melaksanakan  tugas
                  harian, kita janganlah mementingkan
                  diri sendiri, bagai enau dalam belukar,
           8      melepaskan pucuk masing-masing.

                  Janganlah kita mengabaikan jiran dan
                  membiarkan mereka bersendirian.
                    Semangat kejiranan boleh dipupuk
                  melalui aktiviti gotong-royong. Melalui
                  aktiviti ini, jiran dapat berkumpul dan
                  bekerjasama di samping bertanya
                  khabar  antara  satu  sama  lain.  Aktiviti
                  sebegini dapat menjamin keharmonian
                  masyarakat.
                    Anggota masyarakat juga disarankan
                  untuk mengadakan majlis rumah
                  terbuka semasa sesuatu sambutan
                  perayaan. Amalan ini dapat membentuk
                  ikatan silaturahim dan memperkukuh
                  semangat kejiranan.
                    Menziarahi jiran dapat mengeratkan
                  persahabatan. Melalui aktiviti ini, jiran
                  boleh bercerita tentang pengalaman
                  masing-masing.
                    Kesimpulannya, aktiviti seperti ini
                  dapat menambah keakraban dan
                  keharmonian sesama jiran.











                  1. Mengapakah semangat kejiranan perlu dipupuk?
                  2. Bagaimanakah cara untuk memupuk semangat kejiranan?


            150      2.2.2
   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162