Page 152 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 152
Membaca
Baca petikan di bawah, kemudian berikan maksud perkataan yang berhuruf tebal.
Sayangi Komuniti
8
Pada minggu lalu, Samson dan bapanya terlibat dalam Program Sayangi
Komuniti di kawasan taman mereka. Mereka bekerjasama untuk memastikan
kelancaran program ini. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Tujuannya adalah untuk
mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan. Selain itu, program itu juga
bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada anggota yang telah berjasa.
Bapa Samson dan kumpulannya telah menerima sijil penghargaan. Mereka
telah berjaya memberkas sekumpulan pencuri yang cuba memecah masuk
ke rumah seorang jiran. Kejadian ini berlaku pada pukul 2:30 pagi sewaktu
mereka sedang membuat rondaan. Pihak polis mengucapkan tahniah dan
syabas atas keberanian mereka. Mereka berasa gembira kerana telah dihargai.
Program yang diadakan pada hari ini diharap dapat mengeratkan hubungan
antara anggota masyarakat dengan KRT.
1. Apakah tujuan program tersebut diadakan?
2. Apakah kejayaan yang telah dicapai oleh kumpulan bapa Samson?
3. Berikan nilai murni yang diperoleh berdasarkan cerita tersebut.
2.1.1 145

