Page 182 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 182
SUMBER PENDAPATAN
Mendengar dan Bertutur
Berikan pendapat anda berdasarkan maklumat di bawah.
Jahitan Sumber Rezeki
9
Ibu Hana, Puan Asmah mahir menjahit
baju kurung dan baju Melayu. Puan Asmah
mengambil tempahan jahitan dan menjahit
di rumahnya. Tempahan paling banyak
diterima semasa musim perayaan. Selain
itu, Puan Asmah juga mengambil tempahan
menjahit baju kurung kanak-kanak.
Kakak Hana, Hani mempunyai sebuah
kedai menjahit langsir. Dia mempunyai dua
orang pekerja. Dia mengambil tempahan
menjahit pelbagai bentuk dan corak langsir.
Pendapatan menjahit langsir lebih tinggi
berbanding dengan menjahit pakaian biasa.
Bagaimanakah kerjaya menjahit dapat diperluas?
1.4.1 175

