Page 183 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 183

Membaca

                  Baca petikan di bawah. Berikan makna perkataan yang berhuruf tebal.



                                                   Kerja Sambilan






           9

















                  Abang Izalia, Fahmi baru sahaja tamat tingkatan lima. Sementara menunggu
                  keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, dia bercadang untuk mencari
                  kerja sambilan. Fahmi berminat  dalam bidang  kulinari. Dia terbaca  iklan
                  pekerjaan sebagai pembantu di gerai menjual burger.
                    Fahmi memohonnya dan diterima bekerja. Dia berasa seronok kerana dapat
                  mengisi masa lapang. Di samping itu, dia juga dapat mempelajari cara-cara
                  membuat  pelbagai jenis burger seperti burger keju, burger daging istimewa,
                  burger telur dan lain-lain.
                    Selama empat bulan bekerja di situ, Fahmi dapat mengumpul wang gajinya.
                  Dia  berasa bangga  kerana  mampu mengumpul wang  dengan hasil  titik
                  peluhnya sendiri. Dia bercadang untuk menggunakan wang tersebut sebagai
                  persiapan melanjutkan pelajaran ke menara gading. Fahmi ingin melanjutkan
                  pelajaran dalam bidang kulinari.







                  1.  Apakah jenis pekerjaan yang dimohon oleh Fahmi?
                  2. Di manakah lokasi pekerjaan tersebut?
                  3. Berikan contoh kerja sambilan yang lain.
                  4. Fahmi bekerja selama lima jam sehari. Berapakah jumlah pendapatannya
                       selama lima hari?


            176       2.1.3
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188