Page 5 - Pendidikan Islam Tingkatan 3 (Pendidikan Khas)
P. 5
PENDAHULUAN
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan inayah-Nya kami dapat menghasilkan
sebuah buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK)
Pendidikan Islam Tingkatan 3. Buku teks ini dibina berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku ini berteraskan matlamat mata
pelajaran, iaitu melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani,
rohani, emosi dan sosial khusus untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK).
Oleh yang demikian, untuk merealisasikan matlamat tersebut, buku ini disusun
kepada enam bidang utama, iaitu bidang al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah dan
Akhlak. Semua bidang ini disepadukan antara ilmu, kemahiran, dan penghayatan
dalam Islam di samping menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
selaras dengan tujuan melahirkan insan yang kamil.
Diharapkan buku ini dapat dimanfaatkan dan menjadi panduan kepada
pendidik khususnya guru-guru pendidikan khas dalam pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran yang holistik. Selain itu, buku ini juga dapat mendidik murid
meningkatkan kefahaman, penghayatan dan melaksanakan perintah-Nya sehingga
menjadi Muslim sejati.
v

