Page 6 - Pendidikan Islam Tingkatan 3 (Pendidikan Khas)
P. 6

PANDUAN IKON



           Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), buku ini dilengkapi
           ikon seperti yang berikut:
                            KANDUNGAN
                            Merangkumi  aspek  pengukuhan,  pengayaan,  pemulihan  dan  penilaian
                            dengan mengambil kira skop dan kedalaman kandungan meliputi DSKP
                            dan tahap keupayaan murid.

           Minda Aktif
           Minda Aktif  Laman KreatifLaman KreatifLaman Kreatif  AKTIVITI DAN LATIHAN
                            Berpaksikan penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti secara individu,
                            berpasangan  atau  berkumpulan  yang  meliputi  peringkat  pengukuhan,
                            pengayaan dan pemulihan.

                            NOTA GURU
                            Memberikan panduan atau cadangan kepada guru untuk melaksanakan
                            serta memperkukuh sesuatu aktiviti atau bahan pengajaran yang diberikan.
                            INFO
                            Memberikan maklumat tambahan berkaitan dengan sesuatu perkara atau
                            isu yang dibincangkan dalam teks.
                            STANDARD PEMBELAJARAN
                            Memberikan  maklumat  kepada  guru  tentang  standard  pembelajaran
                  1.1.1
                            yang perlu dicapai pada setiap sesi pengajaran. Guru perlu memastikan
                            kesemua standard pembelajaran yang terdapat dalam setiap unit diliputi
                            dan dilaksanakan.
                            KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
                            Bertujuan untuk meningkatkan keupayaan murid berfikir secara rasional,
                            kreatif  dan  kritis  serta  berupaya  menyelesaikan  masalah,  membuat
                            keputusan dan berinovasi.
                            KOD CAPAIAN PANTAS (KOD QR)
                            Maklumat tambahan berkaitan dengan bahan teks dan pengajaran dapat
                            diperoleh dengan lebih mudah dan pantas dengan menggunakan aplikasi
                            “Kod QR” melalui telefon pintar. Kandungan “Kod QR” ialah pautan laman
                            sesawang atau bentuk media lain yang lebih bersifat interaktif seperti audio
                            visual dan bahan-bahan bercetak yang lain.

                Kami  berharap  semoga  penulisan  buku  ini  dapat  memberikan  manfaat
           kepada  semua  pihak  yang  terlibat  terutamanya  guru-guru  untuk  merancang  dan
           melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta meningkatkan
           penguasaan MBK dalam Pendidikan Islam. Semoga segala usaha ini akan mendapat
           keredaan-Nya dan diterima sebagai amal soleh.
           NORMALA BINTI MISMAN
           AHMAD FIKRI BIN DARUS
           NORAIN BINTI HUSSAIN

             vi
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11