Page 8 - Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pendidikan Khas Tingkatan 1
P. 8
PENDAHULUAN
Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Pendidikan Khas Tingkatan 1 digubal
berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) yang dihasilkan
oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Matlamat penulisan
buku teks ini adalah untuk membantu murid-murid berkeperluan khas menjadi lebih cergas dan
sihat. Murid juga didedahkan dengan kemahiran dan pengetahuan untuk melakukan aktiviti fizikal
agar bersikap positif bagi mencapai kesejahteraan hidup yang berkualiti.
Kurikulum Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1 dihasilkan bertujuan untuk:
i. menggunakan inkuiri untuk meneroka konsep dalam Pendidikan Jasmani,
ii. mengaplikasi pengetahuan semasa melakukan aktiviti fizikal,
iii. memahami nilai melakukan aktiviti fizikal,
iv. mengamalkan dan mengekalkan gaya hidup yang sihat untuk kesejahteraan,
v. bekerjasama dan berkomunikasi dengan berkesan semasa melakukan aktiviti fizikal,
vi. membina hubungan yang positif dan menunjukkan tanggungjawab sosial semasa melakukan
aktiviti fizikal,
vii. mempamerkan pengalaman pembelajaran Pendidikan Jasmani,
viii. mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat
serta persekitaran, dan
ix. menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan
kesihatan.
Buku teks ini menggabungkan dua mata pelajaran, iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan. Bagi pengajaran Pendidikan Jasmani lima aspek kemahiran diterapkan, iaitu:
i. kemahiran
ii. kecergasan
Pengajaran Pendidikan Kesihatan pula dibahagikan kepada tiga modul, iaitu:
i. penyalahgunaan bahan
ii. pemakanan
iii. pertolongan cemas
Buku teks ini ditulis berasaskan lima aspek utama seperti yang dinyatakan dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSMPK (Pendidikan Khas) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan Tingkatan 1, iaitu:
Aspek 1 - Kemahiran Pergerakan
Aspek 2 - Aplikasi Pengetahuan dalam Pergerakan
Aspek 3 - Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
Aspek 4 - Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan
Aspek 5 - Kesukanan
v

