Page 180 - Matematik Tingkata 3
P. 180

7.1    Unjuran Ortogon


               Apakah satah dan normal kepada satah?                            STANDARD
                                                                                PEMBELAJARAN
           Anda telah mempelajari objek dalam dua dimensi dan tiga dimensi.   Melukis unjuran ortogon.
           Setiap objek tersebut terdiri daripada permukaan rata atau permukaan
           melengkung atau kedua-duanya.



                                                                        permukaan
                         permukaan                                      melengkung
                         melengkung

                         permukaan                                                       T
                            rata

                                                                                        S       R
           Rajah  di  sebelah  menunjukkan  suatu  sukuan silinder  tegak  dengan   U
           tapak mengufuk PQRS. PSTU dan PQRS ialah satah mencancang dan
           QRTU ialah permukaan melengkung.
                                                                                P      Q

              Satah ialah  permukaan rata pada suatu objek.  Terdapat  tiga jenis satah iaitu  satah
              mengufuk, satah mencancang dan satah condong.


                                                                                           E
           Rajah  di sebelah  menunjukkan  suatu prisma  tegak  dengan  ABCD
           ialah  satah  mengufuk.  ABF dan  CDE  ialah  satah mencancang.
           BCEF dan ADEF ialah satah condong. Garis FM dan EN berserenjang       F   D     N    C
           dengan  garis  AB dan  CD  masing-masing.  Garis  FM dan  EN juga
           dikenali sebagai normal kepada satah ABCD.
                                                                            A    M    B


    7         Normal kepada suatu  satah ialah  garis lurus yang  berserenjang atau  bersudut tegak
    BAB       dengan sebarang garis pada satah tersebut.



            Contoh   1                                                             T         W
           Rajah di sebelah menunjukkan kubus. Nyatakan normal kepada satah
           berikut.                                                          U         V
           (a)  PQRS      (b)  PSTU     (c)  RSTW     (d)  QRTU                     S         R

           Penyelesaian:
           (a)  UP, VQ, WR, TS    Susunan huruf untuk menyatakan normal      P          Q
           (b)  QP, RS, WT, VU    adalah  penting.  TS bermaksud garis  TS
           (c)  QR, PS, UT, VW
    Saiz sebenar                  berserenjang  dengan satah  PQRS  pada
           (d)  PV, SW            titik S.
         170
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185