Page 21 - Kit Program Transisi Murid Tahun 1 (8 Jan 2021)
P. 21

PERANAN & TANGGUNGJAWAB






                   Pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa/penjaga perlu memainkan peranan dan
                   tanggungjawab  masing-masing  untuk  memastikan  program  transisi  berjalan

                   dengan lancar dan berkesan.











              Pihak  pentadbir  sekolah  perlu  merancang,  melaksana  dan  memantau  perjalanan
              program  transisi.  Antara  peranan  dan  tanggungjawab  pihak  pentadbir  adalah  seperti

              berikut:
              1.  Persediaan Awal

                  i.    Memahami konsep dan pelaksanaan program transisi

                  ii.   Memaklumkan program transisi kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)/
                        Lembaga Pengelola Sekolah                                                                   9
                  iii.   Merancang dan menyelaras pelaksanaan program transisi

                  iv.   Mengenal pasti guru yang terlibat
                  v.    Menetapkan jadual waktu

                  vi.   Memberi taklimat kepada guru sekolah
                  vii.  Memberi taklimat kepada ibu bapa/penjaga

                  viii.  Membuat persediaan persekitaran sekolah:
                           Memastikan persekitaran fizikal  sekolah yang ceria, kondusif dan selamat

                           Menentukan  lokasi  kelas  yang  sesuai  dengan  mengambil  kira  faktor
                            keselamatan

                           Menyediakan persekitaran pembelajaran yang bersesuaian dan mengambil

                            kira faktor keselamatan murid
                  ix.   Merancang  pemantauan  dan  penilaian  program  termasuk  penjadualan  dan
                        instrumen

              2.  Semasa  dan Selepas Program

                  i.    Memastikan program transisi berjalan lancar
                  ii.   Memberi  sokongan  dan  bimbingan  kepada  guru  yang  melaksanakan  program
                        transisi

                  iii.   Melaksanakan  pemantauan  dan  penilaian  program  serta  menyediakan
                        pelaporan
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26