Page 23 - Kit Program Transisi Murid Tahun 1 (8 Jan 2021)
P. 23

Ibu  bapa/penjaga  memainkan  peranan  penting  untuk  membantu  anak  mereka  dalam

             proses  transisi  dari  rumah/prasekolah  ke  Tahun  Satu.  Antara  perkara  yang  perlu  diberi
             penekanan dan dilaksanakan oleh ibu bapa/penjaga ialah:

             1.    Menyediakan anak dari aspek mental, sosioemosi dan fizikal
             2.    Memberi dorongan dan gambaran positif tentang pembelajaran di Tahun Satu

             3.    Memerhati  tingkah  laku,  perkembangan  dan  pembelajaran  anak  secara  berterusan
                   serta mengambil tindakan yang sesuai
             4.    Membantu  meningkatkan  keyakinan  anak  dalam  pembelajaran  dari  semasa  ke

                   semasa
             5.    Mengadakan interaksi dengan guru tentang perkembangan anak mereka dari semasa

                   ke semasa
             6.    Memastikan  kelengkapan  pembelajaran  seperti  alat  tulis,  buku  dan  pakaian

                   disediakan
             7.    Memberi  komitmen  dan  mengikuti  perkembangan  aktiviti  yang  dilaksanakan  oleh

                   pihak sekolah                                                                                    11
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28