Page 35 - Kit Program Transisi Murid Tahun 1 (8 Jan 2021)
P. 35

ii







            Perbualan Awal

            Perbualan  awal  merupakan  sesi  interaksi  mesra  antara  guru  dengan  murid.
            Tujuan  perbualan  awal  untuk  menyediakan  murid  dari  aspek  mental  dan  emosi

            supaya  mereka  dapat  mengikuti  pembelajaran  pada  hari  tersebut  dengan  lebih
            berfokus. Antara aktiviti perbualan awal adalah seperti berikut:

                berkongsi idea dan maklumat
                bercerita

                bernyanyi dan mem-
                  buat gerakan kreatif

                simulasi

                persembahan boneka
                                               Aktiviti “Jom Baca” perlu
                “Jom Baca”                    dilaksanakan pada setiap
                                               hari. Tujuan aktiviti ini
                                               ialah untuk memupuk
                                               tabiat membaca dalam
                                               kalangan murid.
                                                                                                                   23


                                                           iii






                         Aktiviti Fizikal

                         Aktiviti fizikal merupakan aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota

                         badan  dan  menggunakan  tenaga.  Tujuan  aktiviti  fizikal  untuk
                         meningkatkan  kecergasan  fizikal  dan  kesihatan  diri.  Antara  aktiviti

                         fizikal yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:
                            bersenam

                            bermain

                            berjalan
                            rekreasi aktif
                                                                                     Contoh rekreasi aktif
                                                                                     ialah permainan ‘Datuk
                                                                                     Harimau’, bermain bola
                                                                                     sepak, aktiviti di padang
                                                                                     dan sebagainya
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40