Page 33 - Kit Program Transisi Murid Tahun 1 (8 Jan 2021)
P. 33

MODUL ORIENTASI






                   Fasa  2  iaitu  Fasa  Penyesuaian  bertujuan  untuk  membolehkan  murid
                   menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran sekolah yang baharu serta

                   membina hubungan baik dengan rakan dan guru.  Modul Orientasi dihasilkan
                   sebagai panduan dan rujukan kepada guru untuk melaksanakan fasa ini.









                OBJEKTIF




              Objektif Modul Orientasi ialah:

              1.   Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah

              2.   Membina hubungan baik murid dengan rakan sebaya dan guru
              3.   Membina keyakinan diri murid untuk berkomunikasi
              4.   Menggalakkan pelibatan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran                                  21






               PELAKSANAAN




              Pelaksanaan Modul Orientasi ini adalah seperti berikut:

              1.   Modul Orientasi dilaksanakan pada 20 Januari hingga 29 Januari 2021.

              2.   Pengisian pada setiap hari merangkumi rutin kelas, perbualan awal, aktiviti fizikal,
                   aktiviti suai kenal, aktiviti pembelajaran dan rehat.
              3.   Pelaksanaan  rutin  kelas,  perbualan  awal  dan  rehat  perlu  dilaksanakan  oleh  guru

                   kelas.
              4.   Pentaksiran perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam pelaksanaan Modul

                   Orientasi.
              5.   Perancangan aktiviti harian dalam Modul Orientasi haruslah berdasarkan cadangan

                   peruntukan waktu seperti di Jadual 1.
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38