Page 57 - MODUL SLAD 2022
P. 57
yang dikasihi para peserta Kursus Kepimpinan Skim Lencana Antidadah
Kebangsaan 2021.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Selamat sejahtera mulanya kata,
Salam sembah pembuka bicara.
Ucapan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola Kursus
Kepimpinan Skim Lencana Antidadah (SLAD) Peringkat Kebangsaan 2021,
Kementerian Pendidikan Malaysia serta rakan-rakan kerana memberi
kepercayaan kepada saya bagi menyampaikan ucapan Wakil Peserta
pada Kursus Kepimpinan SLAD Peringkat Kebangsaan 2021. Saya mewakili
peserta-peserta Kursus Kepimpinan SLAD Peringkat Kebangsaan
merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa
Pengelola yang begitu komited dan menjayakan kursus secara maya ini
dengan jayanya.
Terlalu banyak pengalaman baharu yang kami lalui sepanjang 3 hari
kami berkampung di aplikasi Google meet dan Telegram ini. Walaupun
tidak dapat bertentang mata namun ukhuwah secara norma baharu ini
amat bermakna buat kami. Kami akan menggunakan ilmu dan kesedaran
sepanjang 3 hari pembelajaran secara maya ini untuk disebarluas ilmu
pendidikan pencegahan daripada ketagihan dadah, alkohol, rokok/vape,
inhalan, HIV/AIDS, pornografi dan permainan atas talian (DARVIHPoP). Ilmu
aplikasi penggunaan ICT untuk menyebar luaskan mesej PPDa amat
berguna kepada kami. Ilmu streamyard adalah ilmu yang paling baharu
kami pelajari dan kami akan cuba mengaplikasikan untuk program-program
di sekolah nanti.
Sesungguhnya generasi muda hari ini memerlukan gaya baharu untuk
menerima ilmu bahaya DARVIHPop ini. Kita semua sedia maklum aplikasi Tik
Tok merupakan media sosial paling popular dan mempunyai jutaan pemilik
akaun di seluruh dunia. Penyampaian mesej PPDa melalui medium ini
amatlah kami hargai dan akan kami akan cuba menjadi DUTA PPDa SLAD
untuk disebarluaskan mesej kesedaran ini.
57

