Page 58 - MODUL SLAD 2022
P. 58

Terima  kasih  kepada  Jawatankuasa  Pengelola  kerana  modul

              kesukarelawan  yang  disediakan  membuatkan  kami  sedar  kepentingan
              membantu  ibu  bapa  dan  keluarga  dalam  melakukan  aktiviti  sukarelawan

              semudah  bermula  daripada  rumah.  Tidak  perlu  menunggu  program-

              program besar untuk kita melakukan sumbangan.


                     Sekali lagi saya mewakili rakan-rakan peserta Kursus Kepimpinan SLAD

              Peringkat  Kebangsaan  2021  merakamkan  setinggi-tinggi  tahniah  kepada

              Jawatankuasa  daripada  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  di  atas  inisitif

              yang sungguh bermanfaat ini. Terima kasih Cikgu Terima kasih semua. Kami
              menyusun  10  jari  memohon  kemaafan  di  atas  kesilapan  sepanjang  kami

              bersama di dalam kursus ini. Doakan semoga kami dapat membawa balik

              mesej PPDa ini ke sekolah, daerah dan negeri kami pula.


              Bunga seroja di atas para

              Jatuh ditimpa buah berangan

              Andai kata tersilap bicara

              Kemaafan jua saya pohonkan


              Di atas dahan burung tempua

              Melihat rusa tepi perigi

              Selamat perpisahan buat semua
              Dilain kursus berjumpa lagi

              Sekian terima kasih, Assalamualaikum.























                                                          58
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63