Page 34 - Buku Panduan Skim Lencana Maju Pengakap Muda
P. 34

8. Langkah keselamatan berenang






















                   1.  Memastikan  cuaca  bersesuaian  sebelum  melakukan  aktiviti  di  kawasan
                      rekreasi.
                   2.  Membaca dan memahami setiap amaran dan panduan keselamatan  yang
                      tertera di papan tanda keselamatan di air.
                   3.  Mematuhi     langkah-langkah       keselamatan      seperti   pemakaian       jaket
                      keselamatan atau pelampung ketika berada di air.
                   4.  Menjalankan  aktiviti  air  di  kawasan  tumpuan  dan  memastikan  terdapat
                      penyelamat keselamatan berhampiran kawasan rekreasi.
                   5.  Ketahui  kedalaman  kolam  di  setiap  sudut  kerana  kedalaman  setiap  sudut
                      adalah berbeza.
                   6.  Perhatikan  persekitaran  kolam  sama  ada  mempunyai  alat  bantuan
                      keselamatan seperti pelampung dan jaket.

                   7.  Jangan sesekali berenang bersendirian kecuali terdapat penyelamat di tepi
                      kolam.
                   8.  Melakukan  regangan  sebelum  masuk  ke  kolam  bagi  mengelakkan
                      kekejangan otot.
                   9.  Pastikan pencahayaan di sekitar kolam adalah cukup.
                   10. Gunakan tangga yang disediakan yang ada disetiap kolam apabila masuk
                      kolam,  jangan sesekali melompat terus ke dalam kolam.

















                                                           33
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39