Page 31 - Buku Panduan Skim Lencana Maju Pengakap Muda
P. 31
5. Model Projek Perintis
Perintis atau dikenali sebagai 'pioneering' adalah ilmu pengakap yang paling
berguna. Pada awalnya ilmu perintis ini digunakan oleh jurutera tentera dengan
menggunakan batang-batang kayu yang kukuh dengan diikat menjadi sebuah
menara, pintu gerbang atau gajet, ia bermula dengan pengenalan asas ikatan dan
simpulan hingga diikat atau disimpul pada beberapa kayu menjadi sebuah
bangunan ringkas sesuai dengan keperluan ketenteraan.
Seorang pengakap yang tidak mengetahui ilmu ikatan dan simpulan dianggap
suatu yang tidak logik, ini kerana ilmu ini diperlukan selepas seorang ahli itu
mengetahui 3 asas penting yang melayakkannya memperolehi lencana keahlian
dipoket uniform.
Pembinaan Menara - Digunakan untuk tujuan pemerhatian dalam tapak
perkhemahan ataupun meninjau luar dari kawasan bagi memerhati gerak-geri
musuh suatu masa dahulu
Gajet - adalah suatu perkakas atau alatan yang ringkas lagi mudah. Ia dibuat
dengan mengunakan ranting dan kayu tanpa melibatkan
penggunaan besi atau plastik. Hampir semua gajet ini menggunakan bahan organik
seperti buluh.
Contoh Model Projek Perintis
30

