Page 17 - PANDUAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH
P. 17

Kementerian Pendidikan Malaysia

                               3








                                           KEMAHIRAN BERFIKIR
            Buku  ini  memberi  penekanan  kepada  kemahiran  berfikir  yang  menjadi  fokus  utama  dalam
            kemahiran abad ke-21. Seiring dengan keperluan kompetensi global, setiap  murid perlu
            menguasai  pelbagai  kemahiran  berfikir  termasuk  penyelesaian  masalah,  penaakulan  dan
            pemikiran kreatif dan inovatif.  Pelaksanaan PdP yang kurang memberikan penekanan kepada
            kemahiran  tersebut  menyebabkan  murid  kurang  berupaya untuk  mengaplikasikan ilmu
            pengetahuan  dan  berfikir  secara  kreatif  dalam  kehidupan  seharian.  Kemahiran  berfikir  yang
            ditekankan adalah berdasarkan semakan Hierarki Taksonomi Bloom oleh Lori Anderson (1900) iaitu
            mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti dalam Rajah 2.

                                            Rajah 2: Hierarki Aras Berfikir

                                              Kemahiran Berfikir Aras Tinggi



                                         Penilaian                  Mencipta
                                                                     Menilai
                                          Sintesis
                                Taksonomi asal  Aplikasi           Menganalisis      Taksonomi semakan
                                          Analisis
                                                                   Mengaplikasi
                                        Kefahaman
                                                                    Mengingat
                                       Pengetahuan                  Memahami
                                             Kemahiran Berfikir Aras Rendah
                                             Bloom               Anderson

            Kemahiran Berfikir adalah keupayaan menggunakan minda bagi menghadapi sesuatu situasi dan
            membuat  keputusan  melalui  penaakulan.  Kemahiran  berfikir  dibahagikan  kepada  kemahiran
            berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif.




                                                                                                         5 5
                                                                                KBAT │ Aplikasi di Sekolah
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22