Page 19 - PANDUAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH
P. 19
Kementerian Pendidikan Malaysia
Definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Tahap pemikiran yang digambarkan dalam Taksonomi Bloom semakan Anderson seperti dalam
Jadual 1 menunjukkan tahap pemikiran meningkat dari aras mengingat, memahami,
mengaplikasi, menganalisis, menilai hingga mencipta.
Jadual 1: Tahap Pemikiran ©BPK
Tahap Pemikiran Penerangan
Mencipta • Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan
inovatif
• Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan
Menilai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta memberi
justifikasi
• Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk
Menganalisis memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara
bahagian berkenaan
• Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi
Mengaplikasi
berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara
• Mengingat semula maklumat dan boleh menjelaskan idea dan
Memahami
konsep
Mengingat • Mengingat semula maklumat, fakta atau konsep
7 7
KBAT │ Aplikasi di Sekolah

