Page 26 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 26

4.1   PROSES  PERMOHONAN


                          4.1.3.  SEMUA murid  yang  layak  perlu  mengisi  Borang  Permohonan  Bantuan
                                 RMT  Di  Sekolah  Rendah  KPM  dan    dikemukakan    kepada    sekolah

                                 untuk  pertimbangan  dan  perakuan Jawatankuasa  Bantuan  Murid  (tiada
                                 pengecualian bagi murid di Sekolah Asli/Penan dan murid OKU).
                          4.1.4.  Jawatankuasa  Bantuan  Murid  (RMT)  Sekolah  berhak  melalui  proses

                                 penilaian  permohonan  RMT  untuk  menggagalkan  permohonan
                                 berdasarkan  pemerhatian,  penilaian,    pertimbangan    dan    maklumat

                                 sahih  daripada  PIBG/ketua  masyarakat.  Walau  bagaimanapun
                                 jawatankuasa  ini  tidak  berhak  sama  sekali  melayakkan  pemohon  yang
                                 tidak layak.

                          4.1.5.  Sebelum  senarai  nama  murid  yang  layak  untuk  menerima  RMT
                                 diserahkan  kepada  JPN/PPD/PPW,  Surat  Setuju  Terima  Bantuan  perlu

                                 ditandatangani  oleh  penjaga  atau  ibu  bapa murid.  Surat  Setuju  Terima
                                 Bantuan  ini  juga  boleh  digunakan  bagi  murid  yang  layak  tetapi

                                 penjaga/ibu  bapa  tidak  bersetuju  untuk  anaknya  menerima  bantuan
                                 RMT.

                          4.1.6.  PPD/PPW  perlu  melaksanakan  semakan  dan  pengesahan  data  murid
                                 yang  layak  menerima  RMT  ini  sebelum    dikemukakan    kepada    pihak
                                 JPN untuk kelulusan.

                          4.1.7.  Pihak  penyelaras  JPN  dan  PPD/PPW  melalui  verifikasi  terhadap  data
                                 murid  yang  layak  menerima  RMT  berhak  menggagalkan  mana-mana

                                 permohonan murid yang diberikan berdasarkan justifikasi yang kukuh.
                          4.1.8.  JPN  hendaklah  mengemukakan  bilangan  murid  yang  layak  ke  BPSH

                                 selewat-lewatnya  pada  minggu  ketiga  bulan  Disember  tahun  semasa
                                 (Tahun 1 – Tahun 5).

                          4.1.9.  Bagi  murid  Tahun  1  dan  keciciran  permohonan  (Tahun  2  –  Tahun  6),
                                 data  bilangan  murid  yang  layak  perlu  dihantar  ke  BPSH  selewat-
                                 lewatnya pada minggu ke-4 bulan Januari.



                          Bagi  memudahkan  pengoperasian  di  peringkat  JPN,  PPD/PPW  dan  sekolah,

                          disertakan  carta  alir,  penerangan  dan  borang-borang  yang  terlibat  semasa
                          proses  dilaksanakan.


                                                                                                      26
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31