Page 21 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 21

3.8.4.  Menyelaras  pelaksanaan  program  RMT  dan  memantau  prestasi
                                 kewangan  bagi  akaun  KWK    di    sekolah    (proses    penerimaan

                                 peruntukan,  pembayaran  dan  penyelarasan    berkaitan    peruntukan
                                 RMT).
                          3.8.5.  Menguruskan  aduan  berkaitan  pelaksanaan  RMT  (mengikut  SOP  yang

                                 dibekalkan).
                          3.8.6.  Pemantauan  terhadap  pelaksanaan  RMT  (berdasarkan  instrumen  yang

                                 dibekalkan dalam buku log).
                          3.8.7.  Semakan dan pengesahan buku log program RMT.

                          3.8.8.  Menyelaras  sudut  RMT  di  kantin  untuk  memaparkan  nama  penerima
                                 RMT,  senarai  menu  dan  maklumat    berkaitan    program    RMT

                                 (penyediaan  folio  yang  mengandungi  maklumat  berkaitan  bagi  sekolah
                                 yang tidak mempunyai kantin).


                    3.9   GURU PENYELARAS RMT
                          3.9.1.  Setiausaha Jawatankuasa Bantuan Murid (RMT) sekolah.

                          3.9.2.  Menyediakan  laporan/minit  mesyuarat  Jawatankuasa  Bantuan  Murid
                                 (RMT).

                          3.9.3.  Menyediakan jadual bertugas AJK Bantuan Murid (RMT).
                          3.9.4.  Melengkapkan borang pesanan untuk ditandatangani oleh GB/PK.
                          3.9.5.  Menentukan  menu  harian  dan  penggilirannya  mengikut  keputusan

                                 mesyuarat  Jawatankuasa  Bantuan  Murid  (RMT)    dan    mematuhi
                                 dokumen  perjanjian.

                          3.9.6.  Melakukan uji rasa makanan yang disediakan oleh pembekal.
                          3.9.7.  Mengisi  dan  melengkapkan  borang  prestasi  murid  RMT  di  awal  dan

                                 akhir tahun semasa program (tinggi, berat dan prestasi akademik).
                          3.9.8.  Memastikan    pelaksanaan    program    RMT     mengikut      panduan

                                 pelaksanaan yang digariskan oleh KPM dari semasa ke semasa.


                    3.10  PT KEWANGAN SEKOLAH

                          3.10.1. Menyemak  kesahihan  dan  memastikan  kecukupan  dokumen  tuntutan
                                 bayaran  bagi  program  RMT  yang  dikemukakan  oleh  pihak  pembekal

                                 setiap bulan.


                                                                                                      21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26