Page 46 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 46

6.1   PENGURUSAN PROGRAM  RMT
                          6.1.1.  Proses  Pengurusan  RMT  di  sekolah  bermula  dengan  pengemaskinian

                                rekod  murid  yang  layak  mengikuti  program  ini.  Proses  merekod
                                perkembangan  fizikal  dan  pencapaian    akademik    ini    adalah    amat
                                penting  bagi  mengukur  keberkesanan  pelaksanaan  program  ini

                                seterusnya melaksanakan  penambahbaikan  berterusan.


                          6.1.2.  Guru  penyelaras  RMT  yang  dilantik  oleh  pihak  sekolah  perlu
                                memastikan  rekod  fizikal  dan  akademik  dikemaskini  dan  direkodkan

                                sebelum  program  bermula.  Sudut  RMT  juga  perlu  diwujudkan  bagi
                                memaparkan  senarai  nama  murid  RMT,  senarai  menu,  jadual  guru

                                bertugas dan maklumat berkaitan pemakanan yang sihat.

                          6.1.3.  Tugas  utama  bagi  guru  yang  bertugas  untuk  mengawasi  murid  semasa

                                pelaksanaan RMT adalah sebagaimana berikut:
                                i)    Memastikan   kepatuhan   pembekal   kepada   menu   yang   telah

                                      ditetapkan.
                                ii)   Melakukan   uji   rasa   makanan   dan   minuman   SEBELUM   murid

                                      mengambil  makanan.
                                iii)   Merekodkan kehadiran murid dan aktiviti RMT didalam buku log.

                                iv)  Melaporkan   sebarang   isu   berkaitan   pelaksanaan   RMT   kepada
                                      Guru Penyelaras RMT atau PK HEM.


                          6.1.4.  Pihak  sekolah  juga  adalah  digalakkan  untuk  menerapkan  nilai-nilai
                                murni  pemakanan  semasa  program  RMT  seperti  membaca  doa,

                                membasuh  tangan  sebelum  selepas  makan  dan  memastikan  tempat
                                makan bersih selepas makan.


                          6.1.5.  Semua  maklumat  pelaksanaan  program  RMT  ini  perlu  direkodkan  dan
                                disimpan oleh pihak sekolah,






                                                                                                      46
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51