Page 73 - BUKU PANDUAN PIBG
P. 73
6.11.2 Pengurusan
(1) Mendokumentasikan perancangan tahunan PIBG
dengan:
a) Menetapkan peranan biro-biro
b) Menyediakan program/aktiviti
c) Mengadakan senarai semak perancangan dan
pelaksanaan
d) Mengenal pasti masalah semasa dan tindakan
susulan
(2) Mengadakan kursus pengurusan dan pentadbiran
kepada AJK PIBG.
(3) PIBG hendaklah membina hubungan yang rapat dengan
semua pihak:
a) Warga sekolah
b) Komuniti setempat
c) Agensi-agensi kerajaan/Jabatan kerajaan/swasta dll
(4) Melibatkan ibu bapa dan ahli PIBG yang mempunyai
kemahiran tertentu dalam pelbagai aktiviti:
Contoh:
Akademik: pakar sesuatu mata pelajaran dan
kemahiran belajar
Kokurikulum: Kepakaran ibu bapa dalam bola
sepak (jurulatih)
Keceriaan: Tukan kayu, Pegawai Pertanian
Disiplin: Pegawai Polis, Tentera, Kaunselor
Kemahiran Hidup: Jurutera/teknikal
Bina Insan: Tokoh Agama
(5) Mengadakan siri program penerangan kepada ahli-ahli
melalui:
a) Perjumpaan – di sekolah (mesyuarat, majlis hari
raya, mengambil kad kemajuan,
hari terbuka, PIBG dll)
di luar/masyarakat (forum, dialog,
JKK)
b) Edaran – jadual belajar di rumah
surat/berita/risalah
c) Publisiti – melalui media massa
(6) Mewujudkan penilaian keseluruhan pengurusan PIBG.
(7) Hal-hal lain yang difikirkan sesuai.
73

