Page 72 - BUKU PANDUAN PIBG
P. 72

6.11   Cadangan Ke Arah Peningkatan Pengurusan PIBG

                    6.11.1  Pentadbiran

                           (1)  Memberikan penghargaan kepada AJK PIBG mengikut
                               persetujuan  ahli  dan  kemampuan  kewangan  PIBG
                               seperti:
                               a)  Sijil Penghargaan
                               b)  Cenderamata
                               c)  Lawatan sambil belajar
                               d)  Penghargaan yang sesuai
                               e)  Lain-lain
                           (2)  Memberikan   pertimbangan   atas   beban   tugas/
                               tanggungjawab  di  sekolah  kepada  Setiausaha  dan
                               Bendahari.

                           (3)  Pemilihan AJK PIBG berdasarkan kriteria berikut:
                               a)  Calon  AJK  dalam  kalangan  guru  ditentukan  oleh
                                  pihak  sekolah  dan  dipersetujui  oleh  Mesyuarat
                                  Agung,
                               b)  AJK dalam kalangan ibu bapa
                                  i)  Memilih individu yang tidak berkepentingan
                                  ii)  Berminat dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan
                                  iii)  Mempunyai hubungan baik dengan sekolah
                                  iv)  Bersedia meluangkan masa dan komited
                                  v)  Berpengaruh
                                  vi)  YDP PIBG hendaklah terdiri daripada tokoh yang
                                      sanggup berkhidmat

                           (4)  Penyediaan kemudahan asas PIBG di sekolah seperti
                               berikut:
                               a)  Bilik/Pejabat (jika ada)
                               b)  Peralatan Pejabat
                               c)  Alat/mesin taip/komputer (mengikut kesesuaian)

                           (5)  Untuk  kesinambungan  kelicinan  pentadbiran  dan
                               pengurusan  PIBG  Setiausaha  dan  Bendahari  PIBG
                               dicadangkan berkhidmat sekurang-kurangnya selama 2
                               tahun berturut-turut.
                           (6)  Hal-hal lain yang difikirkan sesuai.






           72
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77