Page 1215 - bahan pss1
P. 1215

Karya besar amat penting kerana karya ini merupakan khazanah komprehensif
                   tentang  maklumat  dan  ilmu  pengetahuan  dalam  semua  lapangan  bidang  ilmu
                   yang berkembang dalam sejarah peradaban manusia. Kefahaman kepada idea
                   dan  gagasan  besar  yang  dilontarkan  merupakan  usaha  manusia  untuk
                   memahami  dan  menghayati  kebijaksanaan  yang  merupakan  santapan  mental
                   dan rohani yang diperlukan oleh manusia.

                   Persoalan  yang  dibahaskan  dalam  karya  besar  ini  masih  relevan  dengan  isu
                   semasa walaupun ada antaranya telah ditulis berabad-abad yang lalu. Persoalan
                   ini  masih  segar  dan  perlu  diterokai  daripada  pelbagai  konteks  dan
                   perspektif.Atas  kesedaran  tersebut,  maka  koleksi  karya-karya  besar  perlu
                   diwujudkan di Pusat Sumber Sekolah.

                   Objektif

                       1.     Menyokong  program  galakan  membaca  di  sekolah-sekolah  melalui
                              penghayatan pembacaan karya-karya besar dan bahan-bahan bacaan
                              yang bermutu.
                       2.     Mendedahkan  murid-murid  kepada  karya-karya  besar  agar  mereka
                              dapat menilai dan menghargainya.
                       3.     Melahirkan    murid-murid  yang  berpengetahuan,  berfikiran    kritis  dan
                              kreatif
                       4.     Melahirkan masyarakat  berilmu  dan menghayati budaya ilmu
                       5.     Membina tradisi menulis dan memperkayakan kreativiti penulisan.


                   Kriteria

                       1.     Meliputi  karya  kreatif  dan  non-kreatif    daripada  penulis  dan  pemikir
                              berwibawa.
                       2.     Ditulis  dalam bahasa Melayu  dan  bahasa  Inggeris  atau    karya-karya
                              terjemahan.
                       3.     Karya oleh penulis tempatan dan luar negara.
                       4.     Karya yang mempunyai nilai yang selaras dengan falsafah pendidikan
                              kebangsaan  dan  telah  memenangi  pelbagai  anugerah  di  peringkat
                              kebangsaan  atau antarabangsa.
                       5.     Karya-karya  yang  tidak  menyentuh  sensitiviti  masyarakat,    agama,
                              bangsa, atau kaum.
                       6.     Sesuai dengan budaya masyarakat setempat.
                       7.     Karya asli.
                       8.     Karya-karya besar dalam bentuk edisi  pelajar adalah diterima.


                   Garis  panduan  ini  hendaklah  dibaca  bersama  dengan    kriteria  pemilihan  buku
                   untuk pusat sumber sekolah dan untuk program NILAM.
   1210   1211   1212   1213   1214   1215   1216   1217   1218   1219   1220