Page 1337 - bahan pss1
P. 1337
PROGRAM BACAAN NILAM
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan
satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
membina tabiat membaca di kalangan murid dengan
hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan
budaya membaca dan budaya ilmu.
Merangkumi rancangan membina tabiat membaca
secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti
galakan membaca di sekolah.
Merupakan program penilaian pembacaan yang
berterusan sepanjang tahun.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun
Satu di Sekolah Rendah dan Tingkatan Satu dan
Peralihan di Sekolah Menengah pada 1999.
OBJEKTIF
Menggalakkan pelajar memupukkan budaya suka
membaca berterusan sepanjang hayat mereka.
Menjadikan murid banyak membaca, bukan sahaja
pembacaan yang berorientasikan peperiksaan.
Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif
dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

