Page 1341 - bahan pss1
P. 1341

TAHAP RAKAN PEMBACA

                   CIRI-CIRI RAKAN PEMBACA :


                        Adalah  murid-murid  yang  sudah  membaca  lebih  dari
                          100 buah buku dan mereka layak dipilih ke tahap ini.


                        Murid-murid  pada  tahap    Rakan  Pembaca  akan
                          dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di
                          tempat-tempat  aktiviti  dan  membantu  membuat
                          pengesanan  kemajuan    aktiviti  yang  dijalankan  murid

                          secara  formal atau tidak formal.

                        Murid-murid yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan

                          dilatih  melalui  bengkel  dan  sesi  tunjuk  cara  yang
                          dirancang  untuk  menjayakan  aktiviti  ini.  Mereka  akan
                          memilih dan meminjam buku dari pusat sumber sekolah

                          untuk  dibawa  pulang.  Buku-buku  yang  dipinjam  akan
                          juga  dibaca  oleh  rakan-rakan,  keluarga  dan  jiran.
                          Kemudian,  pembaca  tersebut  perlu  menandatangani

                          dan  membuat  sedikit  ulasan  di  dalam  buku  rekod
                          Rakan Pembaca.

                        Murid         juga      dilatih      untuk       menjalankan            aktiviti

                          pembacaan bersama  rakan-rakan di sekolah  seperti :
                          aktiviti  bercerita,  membaca  bersama  dan  bicara
                          buku.  Aktiviti  yang  mereka  jalankan  akan  diberi  skor

                          pemarkahan    mengikut  berapa  sesi  aktiviti  dikali
                          dengan  berapa  ramai  pendengar,  pembaca  dan
                          peminjam buku mereka.
   1336   1337   1338   1339   1340   1341   1342   1343   1344   1345   1346