Page 62 - MODUL POTENSI LULUS BM SPM 2019 - KERTAS 2
P. 62

7.     Dalam setiap ayat di bawah, terdapat  satu kesalahan penggunaan  kata atau istilah dan
                   satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap

                   ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
                   istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.



            (i)     Kerajaan  akan  memastikan  tiada  mana-mana  gulungan,  terutamanya  rakyat  yang  kurang
                   berkemampuan di luar bandar terpinggir di dalam pemberian bantuan.

            (ii)     Pihak  media  dan  semua  pakar-pakar  bahasa  Melayu  perlu  berusaha  sekuat  upaya  untuk
                   membantu rakyat menguasai bahasa Melayu dengan baiknya.

            (iii)   Semua rakyat mesti sayangkan negara tempat jatuh darahnya.                    (6 markah)


            8.     Dalam setiap ayat di bawah, terdapat  satu kesalahan penggunaan  kata atau istilah dan

                   satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
                   ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau

                   istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


            (i)     Biskut yang dimakan oleh Ainin Sofea sungguh rapuh dan rasanya teramat enak sekali.
            (ii)    Aktiviti  tolong-menolong  membersihkan  kawasan  kejiranan  dapat  memupuk  semangat

                   perpaduan di kalangan penduduk.

            (iii)   Pada  akhir  waktu  persekolahan,  Cikgu  Kamil  menerangkan  lain-lain  faktor  yang
                   mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.                (6 markah)



            9.     Dalam setiap ayat di bawah, terdapat  satu kesalahan penggunaan  kata atau istilah dan
                   satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap

                   ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
                   istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


            (i)     Rakyat  Perlis    terpegun  melihat  lampu-lampu  bergantungan  sempena  sambutan  kelahiran

                   Raja Perlis.

            (ii)     Senarai peserta-peserta yang akan menyertai eksplorasi itu telah diserahkan kepada pengetua
                   untuk diluluskan.

            (iii)    Dato’ Shamsuddin mendapatkan rawatan di Tawakal Pusat Rawatan untuk menyembuhkan
                   penyakit kanser hati yang dihidapinya.                                         (6 markah)







                                                                                               Muka surat | 62
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67