Page 64 - MODUL POTENSI LULUS BM SPM 2019 - KERTAS 2
P. 64

13.     Dalam setiap ayat di bawah, terdapat  satu kesalahan penggunaan  kata atau istilah dan
                   satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap

                   ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
                   istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.



            (i)     Semua  pucuk  herba  Putat  Lembut  yang  berwarna  keungu-unguan  dikatakan  mempunyai
                   khasiat perubatan yang boleh dijadikan penawar bagi gigitan ular.

            (ii)     Dengan  semangat  kerjasama  dan  keprihatinan  sesama  jiran  seluruh  perkara  yang
                   mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dirawat.

            (iii)     Seharusnya pihak swasta turut memberikan komitmen yang tinggi seperti membuatkan
                   program kitar semula agar dapat memberikan kesedaran pada masyarakat tentang pentingnya

                   program tersebut.                                                              (6 markah)


            14.     Dalam setiap ayat di bawah, terdapat  satu kesalahan penggunaan  kata atau istilah dan

                   satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
                   ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau

                   istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


            (i)     Doktor  Ahmad  telah  menerima  pujian  daripada  rakan  sejawatnya  setelah  dia  berjaya

                   melakukan pembedahan kritikal itu selama enam setengah jam.
            (ii)     Pemilihan  peserta  angkasawan  pertama  negara  tidak  menghadapi  masalah  kerana  ramai

                   peserta telah menawarkan diri supaya menyertainya.

            (iii)    Sebelum diberi permit bagi memastikan mereka benar-benar cekap untuk memandu, semua
                   pemandu-pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu yang teliti.

                                                                                                   (6 markah)


            15.     Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
                   kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh

                   menyenaraikan  lebih  daripada  tiga  kesalahan  penggunaan  kata  atau  istilah  dan  tiga

                   kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
                   Rasuah merupakan gejala yang boleh membiak dan berjangkit hingga menjadi satu rangkaian

                   jenayah  yang  besar.  Bila  keadaan  ini  berlaku,  usaha  untuk mengikis  rasuah  akan  menjadi
                   lebih  sukar.  Memang  tidak  dapat  dinafikan  bahawa  rasuah  tidak  akan  berlaku  tanpa

                   penglibatan  kedua  belah  pihak  iaitu  pemberi  dan  penerima.  Walau  bagaimanapun,  jika

                   mereka itu mempunyai genggaman agama yang kukuh pasti perbuatan tersebut dapat mereka

                   elakkan.                                                                                                             (6 markah)
                                                                                               Muka surat | 64
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69