Page 86 - MODUL POTENSI LULUS BM SPM 2019 - KERTAS 2
P. 86

RUMUSAN 13
            PENDAHULUAN
            Petikan membincangkan langkah/kaedah/usaha/strategi/pendekatan menjalani kehidupan berkualiti
            pada hari tua dalam kalangan masyarakat. (2m)
            Rumusan membincangkan langkah-langkah menjalani kehidupan berkualiti pada hari tua dan sebab-
            sebab menghargai warga tua. (2m)
            Petikan membincangkan langkah/kaedah/usaha/strategi/pendekatan menjalani kehidupan berkualiti
            pada hari tua dan masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan tua.(2m)
            Petikan membincangkan langkah/kaedah/usaha/strategi/pendekatan menjalani kehidupan berkualiti
            pada hari tua. (1m)

            ISI TERSURAT
            1. Meluangkan masa untuk memahami keperluan jiwa masing-masing.                           2
            2. Golongan tua harus berusaha dengan lebih gigih untuk menjaga pemakanan                 2
            3. Golongan tua digalakkan supaya bersenam                                                2
            4. Penglibatan dalam aktiviti sosial yang proaktif juga penting untuk menjamin
                   kehidupan pada  hari tua yang berjaya.                                             2
            5. Mengisi masa senggang dengan aktiviti keagamaan dan kerohanian.                        2
            6. Golongan tua digalakkan untuk meneroka teknologi baharu dengan lebih giat.             2
            7. Berfikiran positif semasa melakukan tugas harian.                                      2
            8. Berkongsi ilmu dan pengalaman yang berharga.                                           2
            9. Mencapai keseimbangan hidup dalam urusan kerja dan rekreasi.                              2

            ISI TERSIRAT
            1. Banyak berjasa kepada kita                                                             2
            2. Memberikan pendidikan kepada kita                                                      2
            3. Memberikan khidmat kepada masyarakat dan negara                                        2
            4. Menjadi contoh kepada generasi muda atas kecemelangan mereka                           2
            5. Memberikan sumbangan kepada pembentukan masyarakat yang harmoni/bersatu             2
            6. Sebagai penghargaan negara kepada mereka/identiti negara maju sentiasa
                   menjaga warga tua                                                                  2
                 ( Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai )
            KESIMPULAN
            Kesimpulannya, masyarakat haruslah lebih prihatin akan kebajikan golongan tua agar
            mereka rasa dihormati dan disayangi                                                            2

            Soalan 2(a) : Petikan Umum
               (i)   Maksud
                       •  Kekukuhan/kemantapan/keseimbangan/ketenangan perasaan/jiwa              2
                       •  Kekukuhan/kemantapan/ketenangan emosi                                               1
                       •  Kestabilan perasaan/jiwa                                                            1

                   (ii)  Masalah
                       •  Kecenderungan mengidap pelbagai penyakit
                       •  menghadapi masalah dalam mengendalikan teknologi baharu yang rumit dan
                          mencabar
                       •  Kemerosotan daya ingatan
                   (iii) Persediaan-persediaan:
                       •  Menabung / simpanan semasa bekerja
                       •  Menyertai / ahli syarikat-syarikat insurans kesihatan / nyawa
                       •  Pemilikan tempat kediaman sesuai
                       •  Mengamalkan gaya hidup sihat
                       •  Mendapatkan rawatan doktor secara berkala
                                                                                               Muka surat | 86
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91