Page 85 - MODUL POTENSI LULUS BM SPM 2019 - KERTAS 2
P. 85

RUMUSAN 12
            PENDAHULUAN
            Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan / manfaat / kepentingan / kelebihan / faedah-faedah
            permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia. (2m)
            Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan / manfaat / kepentingan / kelebihan  permainan tradisional
            dan langkah-langkah menghidupkan permainan tradisional. (2m)
            Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan / manfaat / kepentingan / kelebihan / faedah-faedah
            permainan tradisional dan tanggapan-tanggapan negatif remaja terhadap permainan tradisional. (2m)
            ISI TERSURAT – Faedah-faedah permainan tradisional
            1. menjadi suatu produk pelancongan yang menguntungkan negara.
            2. membina fizikal pemain kerana perlu bergerak aktif dan pantas.
            3. menjadi kegiatan riadah untuk mengisi masa senggang.
            4. mengeratkan hubungan sama ada dalam kalangan pemain dan ahli keluarga.
            5. menanam sikap dan nilai bekerjasama.
            6. mendidik pemainnya berfikir untuk mengatur strategi dan memilih teknik yang terbaik untuk menang.
            7. memupuk nilai tradisi dalam kalangan generasi masa kini.
            8. menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat.
            ISI TERSIRAT – Langkah-langkah untuk menghidupkan permainan tradisional
            1. kerajaan memasukkan permainan tradisional sebagai satu aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah /
            institusi pengajian tinggi.
            2. kerajaan / NGO menganjurkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional di semua peringkat
            sosial.
            3. sekolah menggalakkan penubuhan kelab-kelab permainan tradisional / murid-murid diwajibkan
            menjadi ahli mana-mana kelab permainan tradisional.
            4. ibu bapa mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil.
            5. kerajaan menjalankan kempen mencintai permainan tradisional di semua media massa secara
            berterusan / pameran.
            6. kerajaan membina lebih banyak kemudahan / gelanggang khas untuk permainan tradisional.
            7. kerajaan menyediakan jurulatih yang terlatih / mahir di setiap gelanggang yang telah disediakan itu.
            8. media massa dalam menyiarkan program yang memaparkan permainan tradisional / sukaneka
            berteraskan permainan tradisional seperti program ‘telematch’ yang disiarkan.
            KESIMPULAN
            Kesimpulannya, masyarakat hendaklah bekerjasama mempopularkan permainan tradisional supaya
            generasi muda dapat mengenali permainan tradisional. (2m)
            Soalan 2a – Pemahaman Petikan Umum
            (i) Maksud rangkai kata semakin terpinggir ialah:
                   - kian dilupakan / diketepikan (2m)
                   - kian terpinggir (1m)
                   - semakin dilupakan / diketepikan (1m)
            (ii) Tanggapan-tanggapan negatif remaja terhadap permainan tradisional ialah:
                   -  Permainan tradisional tidak menyeronokkan
                   -  Permainan tradisional membuang masa
                   -  Permainan tradisional ketinggalan zaman dan membosankan
                   -  Faktor cuaca buruk    -Tiada prasarana sukan
            (iii) pada pendapat saya, selain menghidupkan permainan tradisional di negara kita, usaha-usaha yang
               boleh dilakukan untuk memartabatkan permainan tradisional di peringkat antarabangsa ialah:
                   -  Pihak berwajib perlu menjadikan permainan tradisional sebagai satu acara wajib untuk
                       menarik pelancong dari luar negara.
                   -  Kementerian Pelancongan melatih generasi muda untuk menjadi duta kecil bagi
                       memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing.
                   -  Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi
                       mempopularkan permainan tradisional.
                   -  Penganjuran pelbagai bentuk pertandingan permainan tradisional dalam sukan bertaraf
                       antarabangsa seperti Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Olimpik.
                   -  Menghantar jurulatih permainan tradisional ke luar negara untuk membangunkan permainan
                       tradisional di sana.
                                                                                               Muka surat | 85
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90