Page 75 - SK TAMAN DAYA 2 TAHUN 2020
P. 75
P E N G U R U S A N 2 0 2 0
JAWATANKUASA DISIPLIN DAN LEMBAGA PENGAWAS
a) Jawatankuasa Lembaga Pengawas
• Melantik Pengawas
• Melantik ketua Pengawas sebagai ketua pemimpin pelajar
• Menasihatkan dan membimbing pengawas
• Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan
Pengawas
b) Jawatankuasa Disiplin Murid
• Mengaturkan dasar-dasar serta program-program untuk meningkatkan disiplin pelajar
• Bertanggungjawab sebagai satu badan penasihat pelajar-pelajar sekolah
• Memberi nasihat dan amaran kepada pelajar yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah
• Membuat keputusan menentukan hukuman keatas pelajar yang melakukan kesalahan.
• Bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin pelajar
• Bertanggungjawab menyelia, mengemaskini atau meminda peraturan sekolah
• Memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin kepada pelajar
• Bekerja erat bersama pegawai perhubungan polis sekolah dengan mengadakan ceramah,
lawatan berkala dan program pemantapan disiplin di sekolah
JAWATANKUASA 3K (KEBERSIHAN,KESELAMATAN DAN KEBAKARAN)
a) Bangunan dan kelas
• Mengawasi kebersihan dan keceriaan bangunan sekolah agar sentiasa terjaga
• Menganjur dan mengelola projek-projek kebersihan dan keceriaan
• Bekerjasama dengan guru bertugas harian untuk menentukan bangunan sekolah dan kelas
sentiasa kemas, bersih dan teratur
• Memastikan semua kelas mempunyai penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah yang
mencukupi untuk setiap penggal
• Memberi amaran dan denda jika kelas-kelas tidak mematuhi arahan
• Menggalakkan pelajar menghias dan menampal bahan-bahan yang berkaitan dengan
pelajaran di papan kenyataan di dalam kelas.
• Mengambil tindakan segera sekiranya harta benda dan belajar terancam
b) Kawasan sekolah
• Mengawasi kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah
• Mengadakan projek-projek penanaman pokok-pokok perhiasan untuk kawasan sekolah
• Mengadakan tatacara penjagaan pokok-pokok di kawasan sekolah
• Menghubungi Majlis Perbandaran Pasir Gudang atau pihak lain untuk mendapatkan
bantuan bahan menanam
• Membantu dalam menghiasi pentas dewan terbuka semasa majlis-majlis rasmi sekolah
c) Kantin Sekolah
• Memeriksa kebersihan kantin termasuk kawasan kantin, mutu makanan yang dijual, harga,
perabot kantin, sinki, longkang, tong sampah dan lain-lain yang berkaitan
• Menapiskan sebarang aduan, sungutan atau laporan dari kakitangan dan pelajar
• Membantu guru bertugas membuat laporan mengenai kantin sekolah
75 | S K T D 2

