Page 77 - SK TAMAN DAYA 2 TAHUN 2020
P. 77
P E N G U R U S A N 2 0 2 0
JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
• Merancang dan menyelaras program bimbingan dan kaunseling bersama guru-guru
bimbingan dan kaunseling
• Menyelaras dan menyelia rekod bimbingan dan kaunseling pelajar dan menyediakan
laporan yang diperlukan
• Merancang dan menyelaras program PRS serta menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya
• Bersedia membimbing pelajar-pelajar dalam memilih kerjaya mereka
• Menjalankan program motivasi & teknik menjawab soalan peperiksaan untuk pelajar
• Memberi khidmat kaunseling yang sewajarnya kepada murid-murid bermasalah disiplin
• Mengadakan kaunseling individu dan kelompok kepada murid-murid yang memerukannya
• Menyusunatur dan melaksanakan program terancang sepanjang tahun dalam membantu
sekolah membangunkan akademik, kokurikulum dan disiplin murid
JAWATANKUASA KESIHATAN DAN RAWATAN
• Menguruskan dan menyelaras program kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian
Kesihatan.
• Menyediakan peti pertolongan kecemasan di bilik guru, bilik kesihatan, pejabat sekolah
• Menganjurkan ceramah-ceramah tentang kesihatan
• Menguruskan bilik kesihatan supaya selalu bersih dan boleh digunakan oleh murid sakit
• Memaparkan info-kesihatan pada papan kenyataan bagi mendidik murid tentang
kepentingan menjaga kesihatan dari semua aspek
JAWATANKUASA BUKU KEDATANGAN,E-KEHADIRAN DAN ENROLMEN MURID
• Menyemak dan memeriksa buku kedatangan pelajar diisi dengan betul, ditutup setiap akhir
bulan
• Mengingatkan guru kelas supaya mengirim surat kepada penjaga jika didapati pelajar selalu
tidak hadir dan ponteng
• Membimbing guru untuk mengisi segala butir-butir dengan betu sebagaimana yang
dikehendaki
• Memastikan buku jadual kedatangan pelajar disimpan dalam tempat yang
• Mengingatkan guru-guru bahawa buku jadual kedatangan pelajar tidak boleh dibawa
pulang
• Mengisi borang kenyataan ponteng tiap-tiap bulan bila buku kedatangan murid ditutup
• Menempatkan pelajar-pelajar di dalam kelas
• Menguruskan kemasukan pelajar Tahun1 dan murid yang berpindah.
• Mengawal pencatatan bilangan kemasukan murid di dalam BUKU PENDAFTARAN SEKOLAH
• Mengingatkan guru kelas dan memastikan rekod enrolmen terkini setiap tingkatan dicatat
pada papan kenyataan dalam pejabat
• Memastikan kehadiran murid dimasukkan ke dalam system online setiap hari
JAWATANKUASA SISTEM MAKLUMAT MURID,APDM DAN WARGA ASING
• Memastikan semua butiran murid dimasukkan ke dalam Sistem APDM
• Menyemak dan mengemaskini rekod APDM dari masa ke masa dengan bantuan guru
tingkatan.
77 | S K T D 2

