Page 248 - BUKU PENGURUSAN SMK PUJUT
P. 248

(A)      PENGURUSAN PANITIA
          KPI 2022

               1.  Menentukan penggunaan DSKP yang dikemas kini.
               2.  Menentukan  penggunaan alat bantu  mengajar dan kaedah-kaedah
                  pengajaran/ pembelajaran yang dikemas kini.
               3.  Bertanggungjawab menyediakan rancangan pengajaran tahunan.

               4.  Menyelaraskan penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan
                  pemeriksaan kertas-kertas jawapan.





               5.  Menganalisis keputusan peperiksaan dan mengkaji serta mencari jalan
                  untuk memajukan tahap pencapaian dari semasa ke semasa.

               6.  Menentukan jenis-jenis buku yang perlu ada di sekolah (perpustakaan)
                  untuk rujukan  guru.

               7.  Memberi kerjasama kepada jawatankuasa SPBT untuk menjaga
                  keselamatan buku- buku teks yang digunakan.

               8.  Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk
                  pameran, jika  diperlukan.

               9.  Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan/buku kerja bagi setiap
                  kelas, jika  diperlukan.

              10.  Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baharu yang
                  diperlukan seperti sukatan baru, kaedah pengajaran dan pembelajaran




                  baru, jika ada.

              11.  Membuat anggaran perbelanjaan tahunan dengan persetujuan pihak
                  sekolah.

              12.  Bersama-sama memikul  tanggungjawab mengekalkan  dan
                  meningkatkan  prestasi  murid-murid.

              13.  Melaksanakan peraturan-peraturan panitia sedia ada.

              14.  Mengadakan  mesyuarat  panel  sekurang-kurangnya  sekali  dalam
                               l
                  sepenggal  atau  ebih kerap, jika perlu.

              15.  Memastikan  penyeliaan  penyemakan  buku  latihan  murid  dilaksanakan
                  sekurang- kurangnya dua (3) kali setahun.

              16.  Merancang  dan melaksanakan  program-program  serta  intervensi

                  untuk  kemajuan murid dan program di bawah arahan KPM.








                                                                                 240
   243   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253