Page 249 - BUKU PENGURUSAN SMK PUJUT
P. 249
(B) PENGOPERASIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
1. Bersama Ketua Panitia merancang ketetapan yang menjadi pegangan
Komponen Pengurusan Kurikulum Sekolah.
2. Memastikan semua data pentaksiran setiap tahun dikumpul dan
dianalisa untuk digunakan dalam perancangan tahun semasa.
3. Memastikan analisa headcount dibuat untuk digunakan dalam
perancangan PdP oleh guru-guru mengikut mata pelajaran.
4. Memastikan pencerapan dijalankan dan menganalisa semua dapatan
pencerapan untuk menambah baik pengoperasian PdP.
5. Memastikan guru-guru merancang dan melaksanakan intervensi dalam
PdP untuk menghasilkan PdP cemerlang.
6. Memastikan guru-guru melaksanakan pemulihan, pengukuhan dan
pengayaan di dalam bilik darjah.
7. Memastikan tugasan disemak oleh guru-guru dan pembetulan
dilaksanakan sebagai penambahbaikan PdP.
(C) PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
1. Memberikan peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi
diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan peperiksaan.
2. Memberikan peluang kepada guru dan murid-murid untuk berinteraksi
dan bertukar pandangan.
3. Memberikan pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan
murid-murid.
4. Memantapkan matlamat dan hala tuju selepas peperiksaan.
5. Memberikan pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di
rumah.
6. Memberikan pendedahan tentang ransangan dan dorongan terbaik ke arah
kejayaan murid-murid.
241

