Page 120 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 KSSMPK KS
P. 120

UNIT
                1        Seni Seramik                                                                                     Seni Seramik Konvensional



                                                                                                                         Seni seramik konvensional dikenali sebagai tembikar. Tanah liat dan air
                                                                                                                         merupakan bahan yang paling penting dalam penghasilan tembikar. Tembikar
                                                                                                                         yang dihasilkan adalah untuk kegunaan harian, kebudayaan dan hiasan.
              Maksud Seni Seramik



           Perkataan seramik berasal daripada bahasa Yunani iaitu  “Keramos” yang
           bermaksud produk yang bersifat keras, poros, dan mudah pecah. Seramik
           adalah produk yang dihasilkan daripada tanah liat, dikeringkan dengan angin,
           dan dikeraskan dengan api. Seni kraf seramik adalah seperti tembikar.




              Fungsi Seni Seramik                                                                                                Labu Sayong                Tembikar Terenang              Tembikar Kuron
                                                                                                                                   (Perak)                      (Pahang)                      (Sabah)

            Fungsi seramik telah dipelbagaikan mengikut peredaran masa namun masih                                       Labu sayong dijadikan        Terenang digunakan            Kuron digunakan
            mengekalkan nilai estetikanya.                                                                               sebagai bekas                untuk mengangkut dan          untuk memasak dan
                                                                                                                         menyimpan air.               menyimpan air.                menyimpan makanan.

                                                                         Upacara kebudayaan
                 Peralatan harian                  Aksesori
                                                                            dan keagamaan                                 Seni Seramik Kontemporari



                                                                                                                         Seni seramik kontemporari merupakan gabungan bahan asal dengan bahan
                                                                                                                         lain seperti logam, rotan, tali, dan kayu. Seramik kontemporari kebiasaannya
                                                                                                                         dihasilkan untuk aksesori, barang hiasan rumah, dan pejabat.






                                                                                                                                                                                                                      MODUL 6






    MODUL 6


                                                                                                                           Cerek seramik               Kasut seramik sebagai         Logam yang terdapat
                                                                                                                           berfungsi sebagai           hiasan estetika.              pada balang seramik
                                                                                                                           barang keperluan                                          membolehkan balang
                                                                                                                           harian dan hiasan.                                        ini kedap udara.


               NOTA GURU                                                                                                    NOTA GURU
       112    6.1.1    Guru menyatakan maksud seni seramik.                                                                 6.1.3   Guru menyenaraikan media, bahan, proses, dan teknik dalam penghasilan seni seramik secara      113
              6.1.2   Guru menerangkan fungsi seni seramik.                                                                            konvensional dan kontemporari.
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125