Page 104 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 104
Jauh Perjalanan,
Jauh Perjalanan,
Luas Pemandangan
T T Program lawatan sambil belajar merupakan aktiviti tahunan murid Program
E E Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan Harmoni.
M M Banyak tempat telah mereka lawati. Mereka juga menimba pelbagai pengalaman
A A menarik, seperti melawat ke Kuching, Sarawak.
5 5 Kuching Waterfront, Sarawak
Kuching Waterfront ialah kawasan rekreasi menarik
yang terletak di tepi Sungai Sarawak. Mereka
berasa seronok dapat menaiki bot menyusuri
Sungai Sarawak sambil menikmati keindahan
pemandangan di sepanjang sungai.
Pada waktu malam, suasana di tempat ini
cukup meriah dengan pelbagai aktiviti. Di sini,
terdapat banyak gerai menjual cenderamata,
pakaian dan makanan. Mereka singgah di sebuah
gerai makanan untuk menikmati laksa Sarawak
dan mi kolok. Mereka juga membeli cenderamata
dan kek lapis Sarawak sebagai buah tangan untuk
dibawa pulang.
Kampung Budaya Sarawak
Lawatan ke Kampung Budaya Sarawak membolehkan
mereka melihat replika rumah dan bangunan pelbagai
etnik di Sarawak. Antaranya termasuklah rumah
panjang Bidayuh, Iban dan Orang Ulu.
Dalam setiap rumah yang dikunjungi, mereka
dapat melihat aktiviti yang dijalankan seperti membuat
kraf tangan daripada manik, demonstrasi masakan
dan tarian tradisional. Selepas itu, mereka menonton
persembahan kebudayaan di Panggung Budaya.
94
94

