Page 105 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 105

Muzium Kucing

                                            Mereka berasa sangat teruja kerana dapat
                                            melawat satu-satunya Muzium Kucing di Malaysia
                                            yang terletak di Bandar Raya Kuching. Muzium ini
                                            mempamerkan berbagai-bagai aksesori berkaitan
                                            kucing seperti patung, lukisan, setem dan poskad.
                                                Selepas itu,  mereka memasuki gua kucing
                                            yang menarik. Kemudian, mereka bergambar                   T T
                                            bersama-sama dengan beraneka patung kucing.                E E
                                            Sebelum pulang, mereka membeli cenderamata                M M
                                                                                                       A A
                                            patung kucing sebagai kenang-kenangan.
                                                                                                      5 5
                                           Taman Buaya Jong

                                           Mereka melawat Taman Buaya Jong, iaitu tempat
                                           pembiakan  buaya  yang  terbesar  di  Malaysia.
                                            Pelbagai maklumat tentang buaya dipamerkan
                                            di sini. Kepala Bujang Senang, iaitu buaya terbesar
                                            yang ditangkap di Sarawak turut dipamerkan.
                                                Selain buaya, terdapat juga haiwan lain
                                            seperti burung merak, monyet dan rusa. Mereka
                                            terpegun melihat ikan arapaima bersaiz 10 kaki
                                             dengan berat melebihi 180 kilogram.




           Medan Niaga Satok

           Sebelum  pulang,  mereka  singgah  di  Medan
           Niaga Satok. Mereka membeli ikan terubuk
           masin. Selain ikan terubuk masin, pelbagai
           produk industri desa,  seperti  buah-buahan
           serta sayur-sayuran hasil tanaman penduduk
           kampung terdapat  di sini. Mereka juga membeli
           lada  hitam dan pes laksa Sarawak sebagai
           oleh-oleh untuk dibawa pulang.





           Jika anda seorang pemandu pelancong, perihalkan tempat-tempat menarik
           di Sarawak.

                   Membaca untuk menyaring dan mengenal pasti idea utama.                       95
                                                                                                95
            2.2.2
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110