Page 133 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 133

Permainan
           Permainan
           Tradisional Malaysia
           Tradisional Malaysia







                                Congkak                                                                T
                                                                                                       E
           Congkak ialah permainan yang memerlukan                                                     M
           pemain mengisi buah ke dalam deretan lubang                                                 A
           pada sekeping papan yang dinamakan papan
           congkak.  Tujuan  permainan ini adalah untuk                                                7
           menguji kecekapan pemain mendapatkan
           seberapa banyak buah daripada pihak lawan.





                                                                Batu Seremban

                                                 Permainan batu seremban ini melibatkan
                                                 sekurang-kurangnya dua orang pemain.
                                                 Alat yang digunakan dalam permainan ini
                                                 ialah lima biji batu dan biasanya dimainkan
                                                 di dalam rumah. Batu-batu kecil ini akan
                                                 dilambung dan disambut kembali.





                        Sepak Bulu Ayam

           Sepak bulu ayam dimainkan oleh sekumpulan
           kanak-kanak lelaki di luar rumah. Permainan
           ini adalah seperti permainan sepak raga,
           tetapi bola yang digunakan daripada bulu
           ayam yang dibentuk seperti sejambak
           bunga. Pemain perlu menimbang bulu ayam
           seberapa lama yang mungkin supaya bola
           itu tidak jatuh ke tanah.




                   Mendengar dan menyatakan semula maklumat yang diterima dalam pelbagai        123
                                                                                                123
            1.1.2  ujaran harian.
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138