Page 138 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 138

Kuih-muih
                                              Kuih-muih

                                    Tradisional Sabah
                                    Tradisional Sabah





      T T     Puan Hafizah pandai membuat kuih-muih
      E E
      M M     tradisional Sabah. Beliau memiliki kedai yang
      A A     menjual kuih-muih tradisional. Pelanggan Puan
              Hafizah terdiri daripada pelbagai kaum. Puan
     7 7      Hafizah  membuat  kuih sebanyak  2000  biji
              sehari. Kuih-muihnya sedap. Hasil jualannya
              sangat laris.                                                    Bintanok Dalai
                 Selain berniaga di kedai, Puan Hafizah
              juga berniaga di karnival hari keusahawanan.
              Beliau menerima tempahan untuk majlis rasmi
              dan perkahwinan.
                 Kini, Puan Hafizah telah mempelbagaikan
              kaedah jualan kuihnya. Oleh itu, beliau telah
              membina laman web untuk mempromosikan
              jualan kuih secara dalam talian.
                                                                                    Buras



















                           Kuih Lenggang                                Kelupis






             1.  Apakah jenis kuih tradisional yang dijual oleh Puan Hafizah?
             2.  Berapakah jumlah kuih yang dibuat oleh Puan Hafizah dalam masa sehari?
             3.  Bagaimanakah Puan Hafizah mempromosikan jualannya?
           128
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143