Page 72 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 72

UNIT 10

     KHIDMAT
     MASYARAKAT                   Kami Prihatin











      T T
      E E
      M M
      A A

     4 4                           Hari Kesedaran


                                 Autisme Sedunia







             KUALA  LUMPUR, 22 April – Hari Kesedaran Autisme telah berlangsung
             dengan jayanya pada 21 April 20     di Auditorium Pusat Perubatan Universiti
             Kebangsaan Malaysia (UKM). Hari Kesedaran Autisme tersebut telah dirasmikan
             oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Zaleha Abdullah Mahdy, Pengarah Pusat
             Perubatan UKM. Hari Kesedaran Autisme telah dihadiri oleh 171 orang peserta
             dari dalam negara. Peserta terdiri daripada pelbagai golongan, iaitu 60 peratus
             peserta ialah jururawat terlatih, 19 peratus ialah guru, manakala 16 peratus
             peserta ialah ibu bapa. Program ini dianjurkan oleh Pusat Perkembangan
             Kanak-kanak dan Unit Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja Pusat Perubatan UKM.
                Bersempena dengan Hari Kesedaran Autisme ini, seminar dan pameran
             kesedaran autisme telah diadakan pada 21 April 20    . Pameran ini telah disertai
             oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan. Gerai-gerai pameran
             tentang autisme membolehkan orang awam mengetahui dengan lebih lanjut
             berkaitan autisme. Pameran ini bertujuan untuk memberikan pendedahan
             kepada orang awam tentang autisme.














           62
           62
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77