Page 110 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 KSSMPK KS
P. 110

Proses Membuat Arca



              1. Pengolahan idea                       2. Membuat model


                Idea yang dihasilkan akan                 Model akan dibuat berdasarkan
                menentukan bentuk arca                    lakaran. Model berbentuk tiga
                dengan menggunakan                        dimensi (3D) menjadi garis
                bahan yang bersesuaian                    panduan kepada pengkarya
                yang akan digunakan.                      dalam proses pembuatan.



              3. Membuat arca                          4. Kekemasan dan persembahan

                Bahan serta teknik-teknik yang           Penghasilan karya disudahi
                bersesuaian digunakan untuk              dengan mengecat, sepuhan,
                menghasilkan sesuatu arca.               dan menggilap menggunakan
                                                         pewarna dan sebagainya.





     MODUL 3      Tokoh Seni: Syed Ahmad Jamal
                    INFO


                  Datuk  Syed  Ahmad  bin  Syed  Jamal  dilahirkan  pada  19  September
                  1929 di bandar Maharani, Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan
                  awal di Ngee Heng English School, Bukit Zahra English School (Maktab
                  Sultan Abu Bakar), dan English College, Johor Bahru. Kemudian beliau
                  melanjutkan pelajaran di Chelsea School of Art, London, dan Institute
                  of Education, London University.
                     Beliau pernah menjadi guru di High School Batu
                  Pahat,  Johor,  pensyarah  di  Maktab  Perguruan
                  Harian,  pensyarah  di  Malayan  Teachers’  Training
                  College, Kirkby, United Kingdom, dan pensyarah di
                  Maktab Perguruan Ilmu Khas. Beliau juga merupakan
                  Pengarah  Balai  Seni  Visual  Negara  antara  tahun
                  1983 hingga tahun 1991.
                     Beliau terkenal sebagai seorang pelukis, penulis,
                  pereka,  pendidik,  dan  pemimpin  seni.  Karya  arca
                  beliau  yang  terkenal  ialah  “Perhubungan”  (1964),
                  “Puncak  Purnama”  (1986),  dan  “Pertumbuhan”
                  (1987).  Pada  tahun  1995,  beliau  dianugerahkan
                  Anugerah  Seni  Negara  yang  membawa  gelaran   Pertumbuhan, 1987, Batu marmar,
                  Seniman Negara. Beliau meninggal dunia pada 30   Arca binaan.
                  Julai 2011 ketika berusia 82 tahun.







     102
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115